Sunday, May 30, 2010

Pasar Besar Kedai Payang


Pasar Besar Kedai Payang terletak berhampiran dengan jeti Shahbandar dan merupakan tempat persinggahan pelancong yang hendak menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran. Pasar ini terdiri daripada komplek 2 tingkat. Dibahagian baeah terdapat gerai menjual pelbagai kuih muih tradisional terengganu, barang keperluan harian seperti sayur-sayuran, daging, ikan segar, buah-buahan, rempah dan lain- lain.


Pintu masuk ke dalam Pasar Kedai Payang


Gerai jualan sayur yang terdapat dalam Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu

Dibahagian atas pula terdapat kedai menjual pelbagai barangan seperti kain songket,kain sarung, barangan kfartangan,batik dan lain-lain. Apabila musim cuti Pasar Kedai Payang memang sesak dengan pelancong yang tidak melepaskan peluang untuk membeli cenderahati untuk dibawa pulang ke negeri masing-masing.


Gerai jualan kraftangan

Pelbagai jenis kain songket, baju kurung dan selendang terdapat disini

Tidak ketinggalan gerai kain batik dan kain sarung disediakan

Sesiapa yang berkunjung ke pasar ini tentu seronok membeli barangan tempatan disini pada harga yang murah. Pasar ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk memerhati dan memahami budaya sambil memerhati penduduk tempatan sibuk membeli-belah disini.

Tuesday, May 25, 2010

Istana Maziah, Kuala Terengganu


Istana Maziah menjadi kediaman rasmi pemerintah negeri terdahulu. Kini, ia digunakan sewaktu upacara rasmi Di Raja atau majlis keraian rasmi negeri. Istana Maziah terletak di Bukit Puteri di kuala Terengganu, Istana ini menjadi kebanggaan rakyat negeri Terengganu. Ia masih digunakan untuk acara rasmi seperti pertabalan Sultan Terengganu, perkahwinan dan meraikan kenamaan rasmi kerajaan negeri.


Istana Maziah adalah lambang kemegahan institusi kesultanan Terengganu

Taman di perkarangan Istana Maziah, Kuala Terengganu menjadi tarikan orang ramai untuk berkunjung menikmati panorama kecantikan taman ini.
Template Design by SkinCorner