Thursday, September 30, 2010

Zoo Bukit Takal, Kemaman

Zoo Bukit Takal, Kemaman terletak di kawasan seluas 135 ekar (54hektar) bersempadan dengan kawasan kunang-kunang yang terkenal di kampung Yak Yah. Zoo ini mempunyai sekurang-kurangnya 100 spesis haiwan yang dipamerkan disini. Keadaan hutan sekunder disini memberi kelebihan dari segi persikitaran.

Pelbagai spesis haiwan terdapat disini seperti burung unta, merak, beruang, landak, rusa, ular, burung helang, kucing hutan buaya, orang utan dan berbagai spesis harimau serta kuang raya dan banyak lagi terdapat disini.

Tarikan utama di zoo ini adalah menaiki gajah mengelilingi kawasan zoo, harimau hutih dan aviari burung cenderawasih (bird of paradise). Konsep terbuka Zoo Bukit Takal yang mengambik kira zoologi setiap binatang akan memberi keselesaan kepada pengunjung melihat binatang liar yang dipamerkan dalam keadaan semulajadi.

Antara taman tema yang terdapat disini adalah Taman Herba, Taman Pokok Hutan, Taman Tropikal, Taman Cendawan, Taman Buah-Buahan, Taman Orkid, Taman Bonsai dan Taman Akuatik. Kawasan ini juga menyediakan kebun buah-buahan tempatan seperti duku, manggis, sentul, mangga, tampoi dan tanaman kopi, yang akan menjadi tarikan para pengunjung luar dan dalam.

Pelbagai kemudahan asas disediakan seperti tram atau buggy untuk memudahkan perjalanan di kawasan yang luas, restoran, kawasan riadah untuk kanak-kanak dan kolam renang untuk seisi keluarga.

Wednesday, September 29, 2010

Pantai Tanjung Jara, Dungun

Terletak berdekatan Laut China Selatan, Pantai Tanjung Jara mempunyai kawasan pasir halus keemasan yang menarik. Alami pengalaman luar biasa melihat matahari naik serta terbenam dengan hembusan lembut bayu laut di wajah anda. Ditambah oleh pemandangan indah dengan angin sepoi-sepoi bahasa sesuai untuk perkelahan bersama keluarga.
Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan disini, antaranya adalah luncur air, berkayak, menaiki bot, menyelam dan pelbagai aktiviti air yang lain. Segala kemudah telah disediakan disini.
Paling yang membanggakan disini adalah pada musim penyu bertelur iaitu pada bulan mei hingga september sepanjang tahun. Pengunjung boleh menyaksikan penyu bertelur secara "live".

* Penginapan: Tanjung Jara Resort

Tuesday, September 28, 2010

Jom Ngail Di Sungai Dungun

Platform memancing JKKK Tanjong pagar terletak di Dungun. Platform ini sentiasa menarik perhatian kaki pancing yang suka memancing ikan sungai. platform ini terletak di tepi jalan ke Pasar besar dungun dan tidak jauh dari bandar Dungun.

Terdapat kemudahan yang disediakan di kawasan ini untuk kegunaan memancing antaranya platform di tepi sungai yang mempuyai tempat yang luas yang boleh memuatkan ramai kaki pancing selain kemudahan jeti bagi pemancing yang ingin memancing menggunakan bot.

Selain dari pelbagai jenis ikan sungai terdapat disini permandangan disini yang mendamaikan dapat memberi ketenangan bagi kaki pancing sambil memancing ikan.

Monday, September 27, 2010

Pulau Rawa, Terengganu

Pulau Rawa sebuah pulau kecil yang tidak berpenghuni terletak di barat daya Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pulau ini hanya dapat dilawati dengan menaiki bot di Jeti Kuala Besut.
Pulau Rawa merupakan tempat yang paling sesuai dengan "snorkelling dan diving". Terumbu Karang yang indah dapat dilihat dengan jelas di sini.
Tempat bot berlabuh, disini para pengunjung menjejaki kaki ke Pulau Rawa.
Panorama indah semasa di Pulau Rawa. Air yang jernih membawa ketenangan kepada pengunjung.

Sunday, September 26, 2010

Taman Bandar Teluk Gadung, Dungun

Taman bandar teluk gadung terletak di hadapan Uitm Dungun, di taman ini juga terletak berhampiran dengan pantai teluk gadung.

Pada waktu petang pantai ini sentiasa meriah dengan pelajar-pelajar Uitm dan penduduk tempatan.

Di pantai ini terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya pondok rehat, taman permainan, kedai makan dan sebagainya.

Saturday, September 25, 2010

Tasik buatan Teluk Gadung

Tasik buatan Teluk Gadung terletak di tepi Uitm Dungun. Tasik ini juga terletak di kaki Bukit Bauk dan tasik ini tidak bersambung dengan pantai Teluk Gadung.

Tasik ini mempunyai permandangan yang sangat menarik. Pelbagai aktiviti riadah yang sering di jalankan disini antaranya berkayak, bermain bot kawalan jauh dan sebagainya. Disini juga pegunjung juga boleh merehatkan fikiran sambil menikmati kehijauan alam semulajadi dan udara segar disekeliling.

Friday, September 24, 2010

Pulau Perhentian Besar, Besut

Pulau Perhentian Besar merupakan pulau besar di Terengganu yang mana pulau ini juga termasuk Pulau Dara Susu, Pulau Rawa dan Pulau Serenget. Anda boleh ke Pulau Perhentian melalui Jeti di Kuala Besut.
Jika anda dari Lapangan Terbang Kota Bharu, anda boleh menaiki teksi ke jeti Kuala Besut dengan harga Rm60.00 untuk 4 orang. Tambahan Rm5.00 untuk parking selama 3hari. Pengunjung hanya perlu menunjukan resit di jeti.
Kos Pengangkutan ke Pulau Perhentian:
Bot Laju Rm 30.00 pada 9.00 Pagi, 11.00 Pagi dan 2.00 Petang
Bot Biasa Rm 20.00 pada 10.00 Pagi dan 2 Petang

* Penginapan: Pulau Perhentian Resort, Teluk Pauh.
Template Design by SkinCorner