Saturday, June 12, 2010

Pulau Redang, Terengganu


Pulau Redang terletak 45km dari pinggir pantai Kuala Terengganu.Pulau ini boleh dihubungi jalan air dengan mengambil masa 45 minit dari Kuala Besut ,30 minit dari Penarik dan 1 jam 30 minit dari Kuala Terengganu. Pulau Redang merupakan pulau terbesar dari gugusan sembilan buah pulau yang terlindung di laut china selatan. Perairan di sekitar Pulau Redang jugan mengandungi dua bangkai kapal karam iaitu H.M.S. Prince of Wales dan H.M.S Repulse yang karam sewaktu Perang Dunia Kedua.

Pulau ini menawarkan air laut yang jernih dan beraneka tapak selaman skuba bagi penggemar aktiviti menyelam. Perairan yang terlindung di sekitar Taman Laut Pulau Redang ini kaya dengan pelbagai jenis hidupan laut yang cantik dan menarik. Diwaktu tengahari, apabila matahari bersinar terang menembusi air laut kelihatan jelas terumbu karang yang beraneka jenis, anemone dan ikan-ikan yang bewarna warni.

Pulau Redang menyediakan aktiviti-aktiviti rekreasi yang terhad kepada aktiviti pasif yang berasaskan kepada laut seperti snorkling dan scuba diving. Kewujudan chalet serta rumah peranginan juga berasaskan aktiviti marin. Kewujudan terumbu batu karang serta pantai yang cantik merupakan tarikan utama pelancong ke sini.

0 comments:

Post a Comment

Template Design by SkinCorner