Wednesday, June 23, 2010

Singgah Sekejap di Kedai Ikan Baung Kuala Berang

Masakan ikan baung

Ulam-ulaman serta budu. Rugi jika melepas rasa masakan ikan baung bersama-sama ulaman-ulaman dan budu

Masakan ikan sungai iaitu Ikan Baung amat popular di kawasan Kuala Berang, Terengganu ini. Bagi pengemar makanan tradisional, ini lah tempatnya di mana, masakan ikan baung ini di makan dengan ulam-ulaman, budu, tempoyak. Rasanya tidak dapat di nyatakan. Begitu exotiknya makanan yang datangnya dari muara sungai ini.

Permainan Tradisional "Wau Bulan"

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai timur semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit.

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Tuesday, June 22, 2010

Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu

Lapangan Terbang Sultan Mahmud terletak di Kg Telaga Batin Terengganu. Lapangan terbang ini terletak 15km dari pusat bandar Terengganu. Terdiri daripada bangunan terminal dua setengah tingkat yang berasaskan alam semula jadi dan ciri-ciri tradisional Terengganu yang menggaambarkan budaya dan warisan negeri ini. Kawasan persekitaran lapangan terbang ini dipenuhi dengan kehijauan pokok serta kolam buatan yang sesuai dengan konsep mesra alam


Ukiran seni bina yang berasaskan alam semulajadi dan ciri-ciri tradisional Terengganu

Pintu utama Lapangan Terbang Sultan Mahmud

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan kepada pengunjung antaranya tempat parking yang luas, tempat rehat di luar bangunan lapangan terbang, kemudahan teksi untuk penumpang ke destinasi masing-masing dan lain-lain kemudahan.

Sunday, June 20, 2010

Pantai Peranginan Kelulut, Marang, Terengganu

Pantai Peranginan Kelulut terletak di antara Marang dan Rantau Abang. 17km dari Kuala Terengganu, anda boleh ke sana dengan menaiki kereta, bas mahupun jalan laut.

Sebuah pantai berpasir yang ideal untuk berenang dan berjemur, pengunjung ke pantai ini akan terpesona oleh keindahan alam dan ketenangan


Sunday, June 13, 2010

Pulau Kapas

Pulau kapas terletak 4 batu nautikal dari Marang. Pulau ini terdiri daripada 2 pulau iaitu pulau gemia dan pulau kapas. terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya ialah resort, tempat berkhemah dan lain-lain. Keindahan pantai dan udara yang segar sesuai untuk merehatkan diri daripada tekanan kerja dan jauh dari kesibukan bandaraya.

Pantai berpasir putih

Jeti Pulau Kapas

Perairan pantai yang jernih

Pulau Kapas terkenal dengan perairan pantai yang jernih dan pantai berpasir putih. Sangat sesuai untuk aktiviti rekreasi seperti berenang, berkayak, memancing dan lain-lain. Perairan yang jernih sesuai untuk aktiviti snorkeling dan menyelam di dasar laut untuk melihat terumbu karang di sekeliling pulau. Anda boleh menjejaki di pulau kapas unutk melihat keindahan pada alam flora dan fauna di pulau ini.

Saturday, June 12, 2010

Pulau Redang, Terengganu


Pulau Redang terletak 45km dari pinggir pantai Kuala Terengganu.Pulau ini boleh dihubungi jalan air dengan mengambil masa 45 minit dari Kuala Besut ,30 minit dari Penarik dan 1 jam 30 minit dari Kuala Terengganu. Pulau Redang merupakan pulau terbesar dari gugusan sembilan buah pulau yang terlindung di laut china selatan. Perairan di sekitar Pulau Redang jugan mengandungi dua bangkai kapal karam iaitu H.M.S. Prince of Wales dan H.M.S Repulse yang karam sewaktu Perang Dunia Kedua.

Pulau ini menawarkan air laut yang jernih dan beraneka tapak selaman skuba bagi penggemar aktiviti menyelam. Perairan yang terlindung di sekitar Taman Laut Pulau Redang ini kaya dengan pelbagai jenis hidupan laut yang cantik dan menarik. Diwaktu tengahari, apabila matahari bersinar terang menembusi air laut kelihatan jelas terumbu karang yang beraneka jenis, anemone dan ikan-ikan yang bewarna warni.

Pulau Redang menyediakan aktiviti-aktiviti rekreasi yang terhad kepada aktiviti pasif yang berasaskan kepada laut seperti snorkling dan scuba diving. Kewujudan chalet serta rumah peranginan juga berasaskan aktiviti marin. Kewujudan terumbu batu karang serta pantai yang cantik merupakan tarikan utama pelancong ke sini.

Wednesday, June 9, 2010

Masjid Kristal, Pulau Wan Man, Terengganu

Taman Tamadun Islam (TTI) adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang sebelum ini di anggap tidak berpenghuni dan dipenuhi hutan nipah. Taman tema seni bina dan ilmuan islam pertama di dunia. Ia mengandungi 21 replika masjid terkenal dan monumen islam terkemuka dari seluruh dunia.

Pintu Utama ke Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

Masjid Kristal telah di rasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian pada 8 Februari 2008.

Tempat rehat di kawasan masjid kristal

Pemandangan indah di kawasan Masjid Kristal sambil menikmati keindahan sekeliling dengan kehijauan pokok-pokok sambil menhirup udara yang segar

Keropok Lekor

Kerepok Lekor atau Kerepok Batang merupakan sejenis makanan Tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Kerepok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga kerepok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.

Kerepok Lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan kerepok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain.

Salah satu gerai menjual kerepok lekor di Losong, Terengganu

Di gerai tersebut tersedia tempat untuk para pengunjung menikmati kelazatan kerepok lekor yang segar dan panas-panas untuk kunjungan oleh sesi sekeluarga.

Sunday, June 6, 2010

Muzium Negeri Terengganu

Muzium Negeri Terengganu terletak di Bukit Losong, Kuala Terengganu iaitu lebih kurang 5 km dari Pusat Bandar. Kompleks ini mula diduduki pada bulan April 1994 dan telah dirasmikan oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Shah Ibni Almarhum Sultan Nasiruddin Shah pada 20 April 1996.

Pelbagai ruang-ruang pameran dikenali sebagai Galeri Tekstil, Kraf, Sejarah, Diraja, Seni Islam, Ilmu Kejadian, Petrolium dan Pameran Sementara.

Waktu Lawatan:

Hari Sabtu-Khamis 9.00am-5.00pm
Jumaat Tutup
Kelepasan Am 9.00am-5.00pm
Hari Raya Puasa/Haji Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Sahaja

Tiket:

Warganegara Malaysia Dewasa RM 2.00 Kanak-kanak 7-15 Tahun RM 1.00
Bukan Warganegara Dewasa RM 5.00 Kanak-kanak RM 2.00
Pelajar Berpakaian Seragam RM 0.50

Tuesday, June 1, 2010

Pantai Batu Buruk

Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu merupakan pantai berpasir putih dengan casuarinas bergoyang berbaris dibelakang pantai.

Pelbagai aktiviti dapat dijalankan di Pantai Batu Buruk, bagi yang berminat untuk bermain layang-layang ini merupakan tempat riadah yang paling sesuai.

Pantai Batu Buruk, 1KM daripada pusat bandar dan ianya pula berhampiran dengan Primula Beach Resort merupakan Hotel 4 Bintang di Terengganu. Nasi Dagang, "ais krim goreng", Terengganu Padi Tradisional, Makanan Laut, Nasi Goreng Ayam Yunnan juga terdapat disini. Tempat yang indah sesuai bersama keluarga sambil menikmati keunikan pantai Batu Buruk selain dapat meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah.

Template Design by SkinCorner