Tuesday, August 17, 2010

Hutan Lipur Lata Belatan, Besut Terengganu

Hutan Lipur Lata Belatan ialah sebuah hutan lipur yang terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu, daerah Besut Terengganu. Lokasinya terletak 40 km dari bandar Besut dan 150 km dari Kuala Terengganu. Hutan Lipur Lata Belatan mempunyai jenis hutan dipterokarp serta hutan konifer di kemuncak Gunung Tebu. Pelbagai jenis spesis flora dan fauna yang jarang dilihat terdapat disini.

Pintu masuk ke Hutan Lipur Lata Belatan

Bagi mereka yang ingin cabaran dan merasai suasana pengembaraan hutan yang lebih bemakna, bolehlah mendaki ke puncak Gunung Tebu dengan ketinggian 1,097 meter dari aras laut. Pendakian ini mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai kepuncaknya. Keadaan sejuk dengan persekitaran tumbuh-tumbuhan gunung yang berbagai jenis serta pemandangan menarik menambahkan lagi keunikan kawasan ini.

Terdapat papan gelongsor disediakan pasti menarik perhatian kanak-kanak untuk bermandi di kawasan ini.

Diantara aktiviti-aktiviti yang dapat dilalukan disini ialah berehat sambil menikmati suasana keindahan alam semulajadi, berkelah, jungle teacking dan mandi manda di kawasan ini. Tempat ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin bermandi kerana airnya yang cetek dan jernih.

Selain itu aktiviti perkhemahan boleh juga dilakukan di kawasan ini dan terdapar pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya kemudahan elektrik, gerai jualan, tandas awam, laluan pejalan kaki, surau dan pelbagai lagi

0 comments:

Post a Comment

Template Design by SkinCorner