Masjid ini mempunyai menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta dikelilingi air Sungai Ibai ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas. Masjid ini juga menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam dan kawasan letak kereta yang boleh menempatkan lebih 400 kenderaan.
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di kawasan masjid ini antaranya adalah gerai cenderahati, kafeteria dan pelbagai lagi.
Dengan gabungan hiasan taman,warna langit yang membiru, kilauan cahaya matahari dari permukaan air yang mengelilingi masjid itu serta tiupan angin dari laut china selatan, pastinya ia menjadi masjid paling nyaman dan mendamaikan memberi erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam suatu bentuk tamadun yang terus berkembang.
0 comments:
Post a Comment