Tuesday, August 24, 2010

Kolam Air Panas La, Besut

Kolam air panas la terletak di pedalaman Hulu Besut kira-kira 28 km dari Bandar Jertih. Pusat perlancongan ini lebih dikenali dengan panggilan La Hot Spring telah dibuka kepada orang ramai sebagai tempat perlancongan pada tahun 1992. Pusat rekreasi ini telah lama wujud dan dikunjungi oleh penduduk tempatan pada setiap hujung minggu dan cuti am untuk menikmati keindahan alam semulajadi.


Air hangat buatan juga di bina selain dari kolam seperti spa bagi memudahkan orang ramai untuk menikmati kehangatan air hangat buatan secara persendirian atau berkumpulan. Disini pengunjung yang datang tidak pernah berkurang kerana setiap masa dikunjungi. Tarikan utama adalah air hangat semulajadi yang menjadi kepercayaan masyarakat tempatan yang dapat menyembuhkan penyakit selain mendapatkan kesegaran tubuh. Air hangat ini mengandungi kimia "sulfur" atau belerang dengan kehangatannya mencapai 49 darjah celsius. Ianya berkhasiat untuk mengubati penyakit kulit dan juga boleh di mandi. Disini juga terdapat "wadding poll" bekas air hangat (thermos).


Pengunjung berpeluang melihat air hangat yang keluar menerusi lubang dari sebuah bukit dan terus mengalir ke dalam kolam yang disediakan. La Hot Spring juga menyediakan banyak kemudahan untuk orang ramai seperti rumah rehat, musalla, tandas awam, restoran dan lain-lain lagi.

0 comments:

Post a Comment

Template Design by SkinCorner