Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA...!!!!


Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 53.

Taman Rekreasi Balik Bukit, Kuala Terengganu

Taman rekreasi waterfront terletak hanya 2 km dari pusat bandaraya. Ia sesuai di jadikan tempat persinggahan pelancong bagi menghilangkan lelah seketika selepas penat memandu. Selain di jadikan tempat beristirehat bersama keluarga taman Waterfront juga amat di gemari bagi kaki pancing. Ia menawarkan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung seperti tempat letak kereta, menara jam, tandas awam, pondok bersantai dan lain-lain.


Pada sebelah malam kawasan ini sangat meriah dengan kilauan lampu yang bewarna-warni yang terdapat pada restoran di Taman ini. Pada sebelah malam selain dari beristirehat di taman ini pengunjung juga boleh makan atau minum di restoran ini yang menawarkan pelbagai jenis makanan yang pasti menyelerakan. Lokasi sangat sesuai bagi berkeluarga sambil menikmati udara bayu malam sungai Terengganu.

Chief & Bistro antara restoran yang terdapat di taman ini yang menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman

Monday, August 30, 2010

Terengganu Equestrian Resort, Terengganu

Terengganu Equestrian Resort (TER) di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, terletak bersebelahan Masjid Nur Zahirah Kuala Terengganu. TER lebih dikenali dengan kemudahan aktiviti sukan berkuda yang mane terdapat 116 kandang kuda disini. Terdapat juga pusat latihan kuda, padang, klinik kesihatan kuda.

Sports Complex, pelbagai kemudahan peralatan sukan disini, antaranya adalah bowling, badminton, gimnasium, kolam renang, squash dan pelbagai lagi. Kemudahan asas seperti tandas awam, surau, kedai minuman.

Sunday, August 29, 2010

Benteng Marang, Terengganu

Info: Benteng Lautan di Marang, Terengganu. Merupakan tempat yang paling tenang untuk pengunjung beristerehat sambil menghirup udara yang segar serta pemandangan yang begitu indah. Pantai yang cantik, lokasi dengan batu-batuan amat menarik pemandangan disini.
Lokasi: Area Jeti Marang ke Pulau Kapas, 3km dari bandar Marang, jalan melalui Petronas Marang. Walaupun jalan utama melalui kawasan perkampungan nelayan, tetapi keindahan yang terdapat disana, amat memuaskan hati.

Keindahan Pantai mengamit kenangan, mencetus idea. Angin sepoi-sepoi bahasa menusuk dikalbu. Panorama yang tidak perlu dilupakan.

Wednesday, August 25, 2010

Jertih Souq, Besut

Salam Sejahtera, Jerteh Souq, Besut, Terengganu adalah 1 lokasi makanan yang terkenal di Besut. Lokasi Jerteh Souq adalah di dalam kawasan bandar Besut. Di sini pelbagai aneka makanan, masakan, kuih muih untuk para pengunjung yang singgah di sini.

Deretan gerai yang boleh di kunjungi di Jerteh Souq.

Pelbagai menu masakan terdapat di sini. Antara yang istimewa adalah pelbagai jenis sup terdapat disini, antaranya adalah sup perut, tulang, ekor, sayur campur

Selain gerai souq terdapat juga gerai jualan bagi pengunjung yang ingin merasai kuih muih tradisional turut di jual disini.

Tuesday, August 24, 2010

Kolam Air Panas La, Besut

Kolam air panas la terletak di pedalaman Hulu Besut kira-kira 28 km dari Bandar Jertih. Pusat perlancongan ini lebih dikenali dengan panggilan La Hot Spring telah dibuka kepada orang ramai sebagai tempat perlancongan pada tahun 1992. Pusat rekreasi ini telah lama wujud dan dikunjungi oleh penduduk tempatan pada setiap hujung minggu dan cuti am untuk menikmati keindahan alam semulajadi.


Air hangat buatan juga di bina selain dari kolam seperti spa bagi memudahkan orang ramai untuk menikmati kehangatan air hangat buatan secara persendirian atau berkumpulan. Disini pengunjung yang datang tidak pernah berkurang kerana setiap masa dikunjungi. Tarikan utama adalah air hangat semulajadi yang menjadi kepercayaan masyarakat tempatan yang dapat menyembuhkan penyakit selain mendapatkan kesegaran tubuh. Air hangat ini mengandungi kimia "sulfur" atau belerang dengan kehangatannya mencapai 49 darjah celsius. Ianya berkhasiat untuk mengubati penyakit kulit dan juga boleh di mandi. Disini juga terdapat "wadding poll" bekas air hangat (thermos).


Pengunjung berpeluang melihat air hangat yang keluar menerusi lubang dari sebuah bukit dan terus mengalir ke dalam kolam yang disediakan. La Hot Spring juga menyediakan banyak kemudahan untuk orang ramai seperti rumah rehat, musalla, tandas awam, restoran dan lain-lain lagi.

Sunday, August 22, 2010

Mercu tanda Bandar Kuala Terengganu

Bukit Besar merupakan mercu tanda bagi Bandaraya Kuala Terengganu kerana di atas Bukit Besar terdapat papan tanda ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU yang menjadi tumpuan bagi setiap pengunjung terutama dari arah jambatan Sultan Mahmud. Apabila waktu malam kita dapat melihat papan tanda ini dengan jelas dengan cahaya lampu dari papan tanda dari atas bukit yang. pasti akan menarik perhatian sesiapa yang melihatnya.

Papan Tanda ALLAH PERLIHARAKANLAH TERENGGANU di atas Bukit Besar.

Permandangan dari atas jambatan Sultan Mahmud

Thursday, August 19, 2010

Bazar Ramdhan Ajil

Bazar ramadhan Ajil menjadi sentiasa tarikan kepada orang ramai dan bagi yang ingin menjamu mata dengan pelbagai makanan. Bazar ini terletak di pekan Ajil dan sentiasa sesak dengan orang ramai yang tidak mahu ketinggalan untuk membeli juadah untuk berbuka puasa.

Terdapat deretan gerai yang menjual lauk dan kuih muih.

Antara lauk dan kuih yang di jual di bazar ini.

Selain daripada lauk di jual di bazar ini. Terdapat perbagai kuih tradisional di jual di bazar ini antaranya sata, pulut panggang, kuih netbat, dan lain - lain. Jika anda ke bazar ini pasti anda tidak akan melepaskan peluang untuk membeli kuih atau air yang di jual di bazar ini.

Tuesday, August 17, 2010

Hutan Lipur Lata Belatan, Besut Terengganu

Hutan Lipur Lata Belatan ialah sebuah hutan lipur yang terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu, daerah Besut Terengganu. Lokasinya terletak 40 km dari bandar Besut dan 150 km dari Kuala Terengganu. Hutan Lipur Lata Belatan mempunyai jenis hutan dipterokarp serta hutan konifer di kemuncak Gunung Tebu. Pelbagai jenis spesis flora dan fauna yang jarang dilihat terdapat disini.

Pintu masuk ke Hutan Lipur Lata Belatan

Bagi mereka yang ingin cabaran dan merasai suasana pengembaraan hutan yang lebih bemakna, bolehlah mendaki ke puncak Gunung Tebu dengan ketinggian 1,097 meter dari aras laut. Pendakian ini mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai kepuncaknya. Keadaan sejuk dengan persekitaran tumbuh-tumbuhan gunung yang berbagai jenis serta pemandangan menarik menambahkan lagi keunikan kawasan ini.

Terdapat papan gelongsor disediakan pasti menarik perhatian kanak-kanak untuk bermandi di kawasan ini.

Diantara aktiviti-aktiviti yang dapat dilalukan disini ialah berehat sambil menikmati suasana keindahan alam semulajadi, berkelah, jungle teacking dan mandi manda di kawasan ini. Tempat ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin bermandi kerana airnya yang cetek dan jernih.

Selain itu aktiviti perkhemahan boleh juga dilakukan di kawasan ini dan terdapar pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya kemudahan elektrik, gerai jualan, tandas awam, laluan pejalan kaki, surau dan pelbagai lagi

Sunday, August 15, 2010

Pantai Pandak, Chendering

Pantai Pandak terletak di Chendering, lokasinya senang di jumpai kerana pantai ini tidak jauhdari bandar Kuala Terengganu. Pantai pandak memang terkenal dengan pantai yang cantik dan sering dikunjungi ramai.

Permandangan pantai pandak pada waktu senja sangat menari dan sesuai untuk berehat melapangkan fikiran sambil melihat matahari terbenam


Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan disini antaranya chelet utuk pengunjung menginap di pantai ini sambil menikmati keindahan pantai pandat.

Wednesday, August 11, 2010

Tasik Kenyir, Hulu Terengganu

Tasik Kenyir yang terletak di Hulu Sungai Kenyir, Hulu Terengganu. Terletak 55km dari Kuala Terengganu dan merupakan tasik terbesar yang pernah di bina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia tenggara. Tasik ini seluas 2600 km persegi dan mengandungi 340 Pulau Kecil.

Tasik ini di kelilingi oleh hutan tropika yang indah dan sangat sesuai bagi pencinta alam kerana suasana yang menghijau dapat memberi ilham dan ketenangan kepada sesiapa yang pergi ke tasik ini.

Jeti disediakan bagi pengunjung yang ingin menaiki bot utuk melihat persekitaran tasik ini.

Permandangan tasik yang indah dan menarik

Sunday, August 8, 2010

Pantai Teluk Ketapang, Terengganu

Pantai Teluk Ketapang, Terengganu terletak berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Pantai yang indah, pantai yang menawarkan aktiviti riadah yang sihat untuk pengunjung menikmati keindahan pantai yang bersih dan segar.

Pelbagai aktiviti riadah dapat dijalankan disini, aktiviti yang paling diminati adalah menunggang kuda, bagi yang datang bersama keluarga jangan lepaskan peluang untuk merasai menungang kuda dengan kadar caj yang murah dan aktiviti riadah lain seperti bermain layang-layang dan memancing.

Antara kemudahan disediakan disini seperti, taman permainan kanak-kanak, kawasan rehat, gerai-gerai makanan dan lain-lain.

kampung Cina (China Town) Kuala Terengganu

Dipersisir KualaTerengganu terdapat deretan rumah kedai yang dikenali Kampung cina atau di kenali sebagai China Town yang telah wujud sekian lama. Kampung ini terletak berhampiran dengan Pasar Kedai Payang. Asalnya tempat ini merupakan perkampungan pedagang cina yang berdagang ke Semenanjung Tanah Melayu semenjak awal abad ke 15

Pintu masuk ke Kampung Cina (China Town) yang unik dan menarik.

Antara deretan kedai lama masih lagi teguh berdiri dan masih lagi digunakan.

Friday, August 6, 2010

Jagung, Kuala Berang

Kampung Gaung, Kuala Berang sangat terkenal dengan jagung. Jika anda melalui jalan Kuala Berang ke Kota Baru singgah sekejap di persimpangan Kampung Gaung kerana banyak gerai jualan jagung terdapat disini.

Antara deretan gerai yang disediakan

Selain jagung menjadi hasil jualan utama terdapat banyak lagi makanan lain yang dijual antaranya keropok sira, keropok keping, asam, kacang rebus dan lain-lain.

Selain dari jagung yang segar di jual anda juga boleh juga menikmati jagung yang sudah direbus dengan harga yang murah.


Thursday, August 5, 2010

Masjid Tengku Zaharah, Terengganu

Masjid ini terletak 4km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain kerana masjid ini dibina di atas air muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia

Pintu masuk ke Masjid Tengku Zaharah

Lihatlah keunikan dan keindahan masjid terapung ini.

Masjid ini mempunyai menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta dikelilingi air Sungai Ibai ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas. Masjid ini juga menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam dan kawasan letak kereta yang boleh menempatkan lebih 400 kenderaan.

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di kawasan masjid ini antaranya adalah gerai cenderahati, kafeteria dan pelbagai lagi.

Dengan gabungan hiasan taman,warna langit yang membiru, kilauan cahaya matahari dari permukaan air yang mengelilingi masjid itu serta tiupan angin dari laut china selatan, pastinya ia menjadi masjid paling nyaman dan mendamaikan memberi erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam suatu bentuk tamadun yang terus berkembang.

Wednesday, August 4, 2010

Taman Orkid, Hutan Lipur Sekayu, Hulu Terengganu

Taman Orkid Sekayu bertempat di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang dengan keluasan 0.2 hektar. Ditaman ini menepatkan pelbagai spesis Orkid liar yang terdapat di seluruh negeri.


Galeri orkid, pelbagai jenis orkid terdapat disini. Di galeri ini pelbagai gambar dan nama spesis orkid diletakan bagi pengunjung untuk melihat secara terperinci.

Tuesday, August 3, 2010

Taman Herba Sekayu, Hulu Terengganu

Taman herba ubatan ini terletak di dalam hutan lipur sekayu. Di dalam taman herba ini terdapat perlbagai jenis herba ubatan dari serata tempat dan anda pasti akan dapat melihat pokok-pokok herba yang tidak pernah anda lihat.

Pintu masuk ke dalam taman herba

Laluan pejalan kaki turut disediakan dan diatas laluan ini terdapat pokok-pokok herba yang menjalar diatasnya dan pasti akan menarik perhatian sesiapa yang mengunjung taman herba ini.

Sambil anda perhatikan pokok-pokok herba dan memerhatikan kehijauan sekeliling, di taman ini turut menyediakan papan tanda yang tertera nama biasa dan nama saintifik bagi setiap herba dan kegunaan herba tersebut. Anda pasti akan dapat mengetahui kegunaan setiap herba serta khasiat daripada ubatan herba tersebut.

Monday, August 2, 2010

Taman Awam Lagun Kuala Ibai, Kuala Terengganu

Taman Awam Lagun Kuala Ibai terletak berhampiran dengan Masjid Terapung dan terletak di tepi sungai Kuala Ibai Terengganu. Lokasinya amat menarik kerana dapat menikmati keindahan alam sambil melihat keunikan masjid terapung.

Pintu Gerbang ke Taman Awam Lagun Kuala Ibai, Kuala Terengganu

Pelbagai aktiviti riadah boleh dijalankan disini, memancing, berkhemah, berjogging, bersiar-siar bersama keluarga. Bagi kanak-kanak taman permainan kanak-kanak turut disediakan

Sungai yang mengalir tenang, antara daya tarikan untuk para pengunjung menikmati keindahan alam.

(Pemandangan dari sisi) kedai makan yang terdapat disini.

Template Design by SkinCorner