Wednesday, July 28, 2010

Hutan Lipur Sekayu

Hutan Lipur Sekayu atau lebih dikenali juga dengan air terjun Sekayu terletak di dalam kawasan hutan simpanan Hulu Terengganu. Ianya berada di dalam Daerah Hulu Terengganu, 16 KM dari Pekan Kuala Berang dan 56 KM dari Bandar Kuala Terengganu. Hutan Lipur tersebut mempunyai keluasan lebih kurang 405 hektar.

Pintu utama ke Hutan Lipur Sekayu

Air sungainya yang jernih dan setiap peringkat umur boleh bermandi manda di kawasan ini kerana kebanyakanya tempat airnya yang cetek dan tidak laju serta dapat membuatkan sesiapa sahaja melupakan segala masalah apabila mereka datang berkunjung di sini.

Keunikan Hutan Lipur ini terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang cantik dan mempersonakan yang ianya merupakan daya tarikan utama kepada pengunjung di sini tidak kira pengunjung dari dalam dan luar negeri.

Hutan Lipur ini menyediakan kawasan perkhemahan yang lengkap dengan tempat memasak, kawasan unggun api, bekalan air dan elektrik.

Di sini terdapat banyak infrastruktur dan kemudahan-kemudahan rekreasi yang telah disediakan seperti tempat penginapan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tempat berkhemah, jalan dalam hutan (jungle tracking) dan lain-lain lagi. Bagi pengunjung yang ingin bermalam di Hutan Lipur Sekayu boleh menyewa di beberapa buah chalet yang disediakan pada kadar yang berpatutan.

Sunday, July 25, 2010

Taman Pertanian Sekayu

Taman ini terletak kira-kira 52 km dari Kuala Terengganu dan 15 km dari Kuala Berang. Taman ini terletak bersebelahan denga Hutan Lipur Sekayu. Taman ini merupakan taman pertanian terbesar dengan keluasan 93 hektar. Pelbagai taman terdapat di taman pertanian Sekayu ini antaranya Taman Orkid, Taman Buah-buahan, Taman Eksotika, Taman Permainan Kanak-kanak dan Taman Rekreasi.

Pintu utama ke Taman Pertanian Sekayu

Pelbagai kemudahan yang disediakan di sini seperti kemudahan chalet, tempat berkhusus, kawasan perkelahan, kawasan perkhemahan dan pelbagai aktiviti atau riadah yang boleh dilakukan di Taman Pertanian Sekayu ini.

2 buah kolam renang buatan dengan gelunsur yang dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu yang boleh digunakan oleh pengujung secara percuma

Taman Pertanian Sekayu merupakan kawasan rekreasi yang cukup terkenal di negeri Terengganu.

Bagi keluarga yang ingin bermalam, Taman pertanian menyediakan lima unit rumah penginapan untuk disewa. Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari bandar Kuala Terengganu untuk sampai ke taman pertanian yang sungguh menyeronokkan ini.



Saturday, July 24, 2010

Festival Gamelan Sedunia 2010

"World Gamelan Festival 2010"

Pelbagai peralatan yang digunakan semasa Festival tersebut

Pelbagai persembahan dan bengkel dari Gamelan Melayu, Gamelan Jawa dan Gamelan Bali. Persembahan di adakan setiap malam bermula 9.00 pm - 11.30 pm pada 23-25 Julai 2010 di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

Masjid Sultanah Nur Zahirah Marang, Terengganu

Masjid Sultanah Nur Zahirah terletak di bandar Marang dan berhampiran dengan pasar Marang. Jika anda ke Marang anda pasti dapat melihat masjid yang indah ini berdiri teguh di antara pantai dan jalan utama Marang. Masjid ini terdiri daripada bangunan 2 tingkat, tingkat atas untuk solat manakala tingkat bawah kegunaan kuliah atau majlis - majlis keagamaan

Seni bina islam dipertengahkan pada masjid ini dan menonjolkan aspek seni bina islam telah berkembang ke seruluh pelosok dunia.

Nama Masjid Sultanah Nur Zahirah terpapar pada pintu masuk ke masjid ini.

Thursday, July 22, 2010

Pasar Marang

Pasar Marang yang terletak di tepi pantai marang berhampiran dengan jeti untuk ke Pulau Kapas. Jika anda ke Marang anda singgah sekejap di pasar Marang. Anda pasti akan tertarik melihat keadaan pasar yang menarik dengan pelbagai kemudahan. Di pasar ini hasil laut menjadi tarikan penduduk tempatan untuk ke pasar ini kerana hasil laut yang segar di jual disini. Pasar ini dibuka setiap hari dari pagi hingga ke petang.

Pintu utama pasar Marang

Terdapat juga pelbagai gerai jualan buah-buahan yang segar di jual disini.

Tuesday, July 20, 2010

Pantai Marang Terengganu

Pantai Marang terletak 18 km dari Kuala Terenggganu. Pantai Marang sangat popular di kalangan pelancong kerana Marang menjadi laluan air untuk pelancong ke Pulau Kapas dan keindahan pantai marang. Pantai marang terletak di tepi jalan antara Dungun ke Kuala Terengganu. Lokasi yang sesuai dan struktur muka bumi yang menarik pasti akan menarik perhatian pengunjung.

Replika Sotong, Udang & Kerang menjadi lambang dearah Marang yang terkenal dengan hasil laut yang segar kerana dengan perkampungan nelayan dan kebanyakan penduduk di tepi pantai menjadikan hasil laut sebagai sumber rezeki mereka.

Jeti Marang bagi para nelayan mencari rezeki di lautan dan jeti untuk pelancong ke Pulau Kapas. Jika musim cuti sekolah pasti jeti ini penuh dengan penjunjung untuk ke Pulau Kapas.

Menara tinggi antara kemudahan yang disediakan untuk melihat kawasan sekitar pantai Marang sambil menikmati keindahan dan udara yang segar di pesisiran pantai Marang berhampiran di Jeti Marang

Jika anda berada di menara anda akan dapat melihat permandangan yang sangat cantik dan menarik (pemandangan atas merana). Disini juga anda dapat melihat pulau kapas dan perkampungan nelayan di sekeliling.

Monday, July 19, 2010

Makanan tradisi Terengganu

Kuih Telinga

Kuih Puteri Mandi

Satar

Kuih Bronok Sagu

Saturday, July 17, 2010

Makanan Tradisi Terengganu 4 : Nasi Dagang

Nasi dagang adalah salah satu makanan tradisi masyarakat Terengganu. Nasi dagang di buat dari campuran beras yang di tanak bersama santan kelapa. Nasi dagang dihidangkan dengan kuah kari dan ikan tonggol.

Wednesday, July 14, 2010

Makanan Tradisi Terengganu 3 : Asam Gumpal

Kuih asam gumpal merupakan sejenis hidangan kuih tradisional terengganu yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan sagu biji dengan inti. Biasanya kuih asam gumpal ini akan di gumpal menjadi bulat sebesar satu gumpalan tangan. ia kemudianya akan dimasak dengan kuah santan sehingga pekat untuk menambahkan rasa.

Kuih asam gumpal biasanya banyak di jual secara meluas di pasar, pasar malam dan pasar tani dengan harga yang murah.

Tuesday, July 13, 2010

Makanan Tradisi Terengganu 2 : Kuih Nekbat

Kuih Nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur. Kuih ini sangat popular di Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam 2 cara iaitu dihidangkan secara kering dan dihidang secara berkuah dengan air gula yang di masak dengan pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi.

Jika anda ke Terengganu jangan ketinggalan merasai kuih ini dan kuih ini kebanyakkan di jual di pasar-pasar malam.

Monday, July 12, 2010

Makanan Tradisi Terengganu 1 : Laksan

Laksan adalah makanan tradisi masyarakat Terengganu. Laksan diperbuat daripada sagu dan ikan. Ia dibuat dalam bentuk oval dan disajikan dengan kuah ikan dan santan dihiasi dengan hirisan halus timun batang, taugeh segar dan hirisan halus daun kesum dan secubit sambal cili hidangan enak berlemak. Adakalanya ia dihias dengan hirisan kacang panjang dan serai bagi menaikkan selera di pagi hari.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai kelazatan laksan jika anda datang ke Negeri Terengganu

Saturday, July 10, 2010

Taman Tasik Puteri, Bukit Besi, Dungun, Terengganu

Tasik Puteri Bukit Besi Dungun Terengganu terletak 33 km dari bandar Dungun dan 77 km daripada Kuala Terengganu kaya dengan keindahan alam semulajadi sesuai untuk anda berkunjung di tasik ini.

Jeti untuk pengunjung yang ingin berkayak

Pengunjung yang berkunjung ke tasik ini pasti tidak melepaskan peluang untuk berkayak sambil menikmati keindahan semulajadi kerana disekeliling tasik ini penuh dengan kehijaun pokok-pokok pelbagai jenis sambil menikmati udara yang segar kerana bebas dari pencemaran dan kesibukan kota.

kemudahan taman permainan disediakan

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di tasik ini antaranya taman permainan untuk penjunjung terutama berkeluarga untuk bersama anak-anak sambil bermain permainan yang disediakan di taman ini.

Tasik puteri cantik dan unik dengan keindahan landskapnya yang tersendiri.

Tapak perkemahan disediakan untuk pengunjung yang ingin mengadakan aktiviti perkhemahan

Wednesday, July 7, 2010

Pantai Teluk Mak Nik, kemaman Terengganu

Pantai Mak Nik atau dikenali sebagai D`Monica Bay merupakan pantai pertama sekiranya anda memasuki pintu selatan Terengganu iaitu Kemaman. Ia mengambil masa lebih kurang 5 minit perjalanan menggunakan kereta dari pintu gerbang Kemaman. Terletak 150 km dari kuala terengganu.
Penyu naik di darat untuk bertelur yang pasti tidak akan dilepaskan oleh penjunjung untuk melihat dengan mata dan pengalaman sendiri

Disini pengunjung boleh melihat penyu bertelur kerana pantai D`Monica bay adalah tempat persinggahan penyu bertelur dan anda boleh melihat dengan mata sendiri yang pasti akan meninggalkan kenangan yang tidak akan dilupakan.

suasana memang menyamankan dengan deruan angin yang kuat dan dengan deruan angin yang kuat dan bunyi ombak yang menghempas pantai

Pantai Mak Nik merupakan sebuah pantai peranginan yang begitu sesuai bagi anda yang ingin mendekatkan diri dengan alam semulajadi. Para pengunjung pada kediasaanya datang bersama kelaurga atau rakan-rakan untuk berkelah dan menikmati permandangan yang mendamaikan jiwa.

Tepi pantai yang menarik sesuai untuk aktiviti riadah

Pengunjung boleh mengadakan acara hari keluarga atau sekadar berkumpul bersama rakan sambil menikmati hidangan secara barbeku. Penyediaan kemudahan awam seperti tempat duduk berbumbung di pantai itu juga menjadikan tempat melepak menghilangkan tekanan kerja. antara aktiviti yang selalu di anjurkan disini ialah pertandingan bola sepak pantai dan bola tampar pantai selain acara memancing.

Tuesday, July 6, 2010

Pantai Rantau Abang, Dungun, Terengganu

Rantau Abang terkenal sebagai destinasi pelancongan di Terengganu kerana menjadi tempat pendaratan penyu bertelur. Terletak 22km utara dari Kuala Dungun dan 80 km dari Kuala Terengganu. Rantau Abang telah menjadi aspek perbincangan dalam aspek perlancongan di mata pelancong.

Keadaan pinggir pantai yang menarik penyu untuk bertelur

Kadangkala apabila penyu belimbing datang di antara bulan Mei sehingga bulan Ogos. Ia mempunyai kedudukan pinggir pantai yang cukup dengan lerengan yang curam dan mendalam untuk penyu mendarat

batu-batu di tepi pantai menunjukan keunikan pantai Rantau Abang

Pantai Rantau Abang merupakan salah satu destinasi untuk penyu belimbing bertelur selain daripada 3 kawasan persisiran pantai Amarika Selatan.

Keadaan pantai yang permai dengan dengan udara yang dingin

Selain dari melihat penyu mendarat di pengunjung juga boleh menikmati keindahan pantai ini sambil merehatkan diri dari perjalanan jauh kerana pantai ini terletak di tepi jalan utama antara jalan Kuala Terengganu ke Kuantan.

terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya tempat rehat, kedai dan lain-lain

Disini pengunjung boleh menunggu dari tengah malam ke subuh bagi melihat penyu belimbing yang besar naik ke darat untuk bertelur. Penyu ini merangkak perlahan-lahan di pasir putih untuk bertelur, meninggalkan gambaran yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh pengunjung.

Monday, July 5, 2010

Pantai Kemasik, kemaman, Terengganu

Pantai Kemasik terletak 10 km dari utara kijal. Mengambil masa 30 minit dari bandar chukai kemaman untuk ke pantai kemasik. Pantai Kemasik adalah tempat pelancongan yang indah dan permandangan yang harus anda kunjungi jika anda memandu di sepanjang jalan pesisiran terengganu. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di pantai ini antaranya ialah taman permainan bagi yang berkeluarga, tempat rehat, kedai makan dan sebagainya.

Pintu masuk yang menarik menlambangkan keindahan dan kecantikan pantai kemasik

Pantai yang menarik dengan struktur bukit berbatu di tepi pantai

Pantai ini sangat sesuai untuk aktiviti berkelah, bermain layang-layang sambil menikmati udara yang segar dan keindahan pantai ini.

kecantikan pasir keemasan dan air yang jernih

Pantai kemasik yang amat indah ini terkenal dengan pasir keemasan yang dan air yang jernih. Ini disebabkan Pantai Kemasik mengadap lautan lepas menyebabkan tiada lumpur mendap pada kawasan pantai ini.

tebing bukit berbatu di muara pantai kemasik

Terdapat tebing bukit berbatu di muara pantai ini. Anda juga boleh mendaki ke atas bukit berbatu dan menikmati permandangan laut dan pantai dari sana dan anda juga boleh melihat kampung nelayan di tepi pantai kemasik.

Template Design by SkinCorner