Wednesday, July 28, 2010

Hutan Lipur Sekayu

Hutan Lipur Sekayu atau lebih dikenali juga dengan air terjun Sekayu terletak di dalam kawasan hutan simpanan Hulu Terengganu. Ianya berada di dalam Daerah Hulu Terengganu, 16 KM dari Pekan Kuala Berang dan 56 KM dari Bandar Kuala Terengganu. Hutan Lipur tersebut mempunyai keluasan lebih kurang 405 hektar.

Pintu utama ke Hutan Lipur Sekayu

Air sungainya yang jernih dan setiap peringkat umur boleh bermandi manda di kawasan ini kerana kebanyakanya tempat airnya yang cetek dan tidak laju serta dapat membuatkan sesiapa sahaja melupakan segala masalah apabila mereka datang berkunjung di sini.

Keunikan Hutan Lipur ini terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang cantik dan mempersonakan yang ianya merupakan daya tarikan utama kepada pengunjung di sini tidak kira pengunjung dari dalam dan luar negeri.

Hutan Lipur ini menyediakan kawasan perkhemahan yang lengkap dengan tempat memasak, kawasan unggun api, bekalan air dan elektrik.

Di sini terdapat banyak infrastruktur dan kemudahan-kemudahan rekreasi yang telah disediakan seperti tempat penginapan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tempat berkhemah, jalan dalam hutan (jungle tracking) dan lain-lain lagi. Bagi pengunjung yang ingin bermalam di Hutan Lipur Sekayu boleh menyewa di beberapa buah chalet yang disediakan pada kadar yang berpatutan.

0 comments:

Post a Comment

Template Design by SkinCorner