Thursday, September 30, 2010

Zoo Bukit Takal, Kemaman

Zoo Bukit Takal, Kemaman terletak di kawasan seluas 135 ekar (54hektar) bersempadan dengan kawasan kunang-kunang yang terkenal di kampung Yak Yah. Zoo ini mempunyai sekurang-kurangnya 100 spesis haiwan yang dipamerkan disini. Keadaan hutan sekunder disini memberi kelebihan dari segi persikitaran.

Pelbagai spesis haiwan terdapat disini seperti burung unta, merak, beruang, landak, rusa, ular, burung helang, kucing hutan buaya, orang utan dan berbagai spesis harimau serta kuang raya dan banyak lagi terdapat disini.

Tarikan utama di zoo ini adalah menaiki gajah mengelilingi kawasan zoo, harimau hutih dan aviari burung cenderawasih (bird of paradise). Konsep terbuka Zoo Bukit Takal yang mengambik kira zoologi setiap binatang akan memberi keselesaan kepada pengunjung melihat binatang liar yang dipamerkan dalam keadaan semulajadi.

Antara taman tema yang terdapat disini adalah Taman Herba, Taman Pokok Hutan, Taman Tropikal, Taman Cendawan, Taman Buah-Buahan, Taman Orkid, Taman Bonsai dan Taman Akuatik. Kawasan ini juga menyediakan kebun buah-buahan tempatan seperti duku, manggis, sentul, mangga, tampoi dan tanaman kopi, yang akan menjadi tarikan para pengunjung luar dan dalam.

Pelbagai kemudahan asas disediakan seperti tram atau buggy untuk memudahkan perjalanan di kawasan yang luas, restoran, kawasan riadah untuk kanak-kanak dan kolam renang untuk seisi keluarga.

Wednesday, September 29, 2010

Pantai Tanjung Jara, Dungun

Terletak berdekatan Laut China Selatan, Pantai Tanjung Jara mempunyai kawasan pasir halus keemasan yang menarik. Alami pengalaman luar biasa melihat matahari naik serta terbenam dengan hembusan lembut bayu laut di wajah anda. Ditambah oleh pemandangan indah dengan angin sepoi-sepoi bahasa sesuai untuk perkelahan bersama keluarga.
Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan disini, antaranya adalah luncur air, berkayak, menaiki bot, menyelam dan pelbagai aktiviti air yang lain. Segala kemudah telah disediakan disini.
Paling yang membanggakan disini adalah pada musim penyu bertelur iaitu pada bulan mei hingga september sepanjang tahun. Pengunjung boleh menyaksikan penyu bertelur secara "live".

* Penginapan: Tanjung Jara Resort

Tuesday, September 28, 2010

Jom Ngail Di Sungai Dungun

Platform memancing JKKK Tanjong pagar terletak di Dungun. Platform ini sentiasa menarik perhatian kaki pancing yang suka memancing ikan sungai. platform ini terletak di tepi jalan ke Pasar besar dungun dan tidak jauh dari bandar Dungun.

Terdapat kemudahan yang disediakan di kawasan ini untuk kegunaan memancing antaranya platform di tepi sungai yang mempuyai tempat yang luas yang boleh memuatkan ramai kaki pancing selain kemudahan jeti bagi pemancing yang ingin memancing menggunakan bot.

Selain dari pelbagai jenis ikan sungai terdapat disini permandangan disini yang mendamaikan dapat memberi ketenangan bagi kaki pancing sambil memancing ikan.

Monday, September 27, 2010

Pulau Rawa, Terengganu

Pulau Rawa sebuah pulau kecil yang tidak berpenghuni terletak di barat daya Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pulau ini hanya dapat dilawati dengan menaiki bot di Jeti Kuala Besut.
Pulau Rawa merupakan tempat yang paling sesuai dengan "snorkelling dan diving". Terumbu Karang yang indah dapat dilihat dengan jelas di sini.
Tempat bot berlabuh, disini para pengunjung menjejaki kaki ke Pulau Rawa.
Panorama indah semasa di Pulau Rawa. Air yang jernih membawa ketenangan kepada pengunjung.

Sunday, September 26, 2010

Taman Bandar Teluk Gadung, Dungun

Taman bandar teluk gadung terletak di hadapan Uitm Dungun, di taman ini juga terletak berhampiran dengan pantai teluk gadung.

Pada waktu petang pantai ini sentiasa meriah dengan pelajar-pelajar Uitm dan penduduk tempatan.

Di pantai ini terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya pondok rehat, taman permainan, kedai makan dan sebagainya.

Saturday, September 25, 2010

Tasik buatan Teluk Gadung

Tasik buatan Teluk Gadung terletak di tepi Uitm Dungun. Tasik ini juga terletak di kaki Bukit Bauk dan tasik ini tidak bersambung dengan pantai Teluk Gadung.

Tasik ini mempunyai permandangan yang sangat menarik. Pelbagai aktiviti riadah yang sering di jalankan disini antaranya berkayak, bermain bot kawalan jauh dan sebagainya. Disini juga pegunjung juga boleh merehatkan fikiran sambil menikmati kehijauan alam semulajadi dan udara segar disekeliling.

Friday, September 24, 2010

Pulau Perhentian Besar, Besut

Pulau Perhentian Besar merupakan pulau besar di Terengganu yang mana pulau ini juga termasuk Pulau Dara Susu, Pulau Rawa dan Pulau Serenget. Anda boleh ke Pulau Perhentian melalui Jeti di Kuala Besut.
Jika anda dari Lapangan Terbang Kota Bharu, anda boleh menaiki teksi ke jeti Kuala Besut dengan harga Rm60.00 untuk 4 orang. Tambahan Rm5.00 untuk parking selama 3hari. Pengunjung hanya perlu menunjukan resit di jeti.
Kos Pengangkutan ke Pulau Perhentian:
Bot Laju Rm 30.00 pada 9.00 Pagi, 11.00 Pagi dan 2.00 Petang
Bot Biasa Rm 20.00 pada 10.00 Pagi dan 2 Petang

* Penginapan: Pulau Perhentian Resort, Teluk Pauh.

Thursday, September 23, 2010

Taman Ternakan Lebah, Merchang

Taman ternakan lebah ini terletak di Kg Telaga Air Jambu Bongkok, Merchang Terengganu. Taman ini terletak di tepi jalan utama dari Dungun Menuju ke Kuala Terengganu. Di taman ini madu lebah asli boleh didapati kerana kaedah pemeliharaan asli dijalankan disini. Madu lebah asli sememangnya sejenis minuman yang menakjubkan sehingga digelar "jus ajaib" atau "jus misteri" kerana kandungan vitaminnya yang luar biasa.

Antara Kotak yang disediakan yang dijadikan sebagai sarang lebah. Setiap sarang mengandungi seekor ratu lebah yang dikelilingi di antara 20 dan 30 lebah jantan serta beribu-ribu lebah betina sebagai "lebah pekerja". Tugas lebah jantan hanyalah mengawan lebah ratu yang akan menghasilkan lebih 1,000 benih lebah dalam sehari. Lebah betina atau "lebah pekerja" pada kebiasaannya hidup dalam tempoh tujuh hingga lapan minggu manakala lebah ratu boleh hidup sehingga tujuh atau lapan tahun. Lebah jantan pula akan mati dalam masa yang singkat setelah ia mengawan dengan lebah ratu.

Selain daripada madu lebah asli madu kelulut juga di buat disini. Gambar menunjukan sarang kelulut dan pengunjung boleh singgah disini dan boleh melihat dengan lebih dekat sarang kelulut.

Disamping itu pengunjung juga boleh mencuba mengangkat sarang lebah ini dan anda mesti berhati-hati supaya lebah ini tidak menyerang anda.


Madu lebah banyak di gunakan dalam bidang perubatan. Taman ini juga menghasilkan propolis iaitu bahan antibiotik asli yang dipungut oleh lebah daripada kelopak bunga, bunga dan pokok. Ia terbukti secara saintifik dapat menghalang jangkitan kuman pada sistem saluran pernafasan, menguatkan daya tahan badan tanpa apa-apa kesan sampingan dan juga boleh menyembuhkan luka, kurap atau gatal-gatal pada badan. Di taman ini juga pengunjung juga boleh mendapatkan royal jelly (susu lebah) yang mempunyai tindakan antibakteria dan antivirus, menyembuh luka-luka di bahagian dalam badan dalam masa yang singkat dan berkesan untuk awet muda Selain itu, Taman ini juga menghasilkan propolis untuk beraneka kegunaan seperti balm untuk disapu pada badan, propolis madu dan propolis bahan.

Wednesday, September 22, 2010

Mas-Suhada Kraf, Kg Rhu Muda

Mas-Syuhada Kraf, Kg Rhu Muda, Marang, Terengganu. Merupakan kedai kraftangan, cenderahati, semuanya hasil seni buatan sendiri oleh A.Wahab Bin Yan pengusaha kraftangan tempatan, semua hasil seni beliau dijual dengan harga yang berpatutan.

Cenderahati yang diperbuat daripada hasil laut, contoh, kulit kerang, siput dan pelbagai hasil seni lautan.

Hasil Kraf diperbuat daripada rotan, seperti kerusi, bakul, meja hiasan dan pelbagai lagi.

Pelbagai jenis hasil seni dijual disini, bagi yang mencari cenderahati kenangan semasa di Terengganu, sila berkunjung di kedai Mas-Syuhada Kraf

Lokasi: Kg Rhu Muda, Marang, Jalan Dungun, Terengganu
Tel: 013-6787898
Pengusaha: A.Wahab Bin Yan

Tuesday, September 21, 2010

Warong Kerepok Lekor 007, Kuala Terengganu

Warong Kerepok Lekor 007, Kuala Terengganu di usahakan oleh Pn Ann Izawati Binti Hamzah. Lokasi warong 8km dari pusat bandar berdekatan Masjid Terapung Kuala Ibai. Beralamat di Lot 157, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Terengganu.

Di sini kerepok lekor diusahakan sendiri oleh Pn Ann Izawati. Pelbagai Kerepok dijual disini antaranya adalah Kerepok Lekor Rebus, Goreng, Keping. Anda juga boleh menikmati kelazatan kerepok lekor yang panas-panas kerana disini tersedia meja untuk para pengunjung.

Disini juga turut menjual pelbagai jenis nasi, antaranya adalah nasi lemak ikan bilis, ikan tonggkol, nasi minyak, nasi dagang, nasi kunyit, mee goreng yang boleh dinikmati bersama-sama kerepok lekor.

Sebarang Tempahan boleh dibuat: 019-9408516 / 013-9480007
Pengusaha: Pn Ann Izawati Binti Hamzah

Monday, September 20, 2010

Jalan Tasik kenyir - Gua Musang

Suasana Air Terjun di tepi jalan raya

Air yang tenang serta sejuk dirasai

Air Terjun di Jalan Tasik Kenyir - Gua Musang. Panorama yang indah ini jarang orang melihat, walaupun tempat ini terpencil tetapi keindahan suasana cukup untuk menghilangkan penat setelah memandu lama.

Sunday, September 19, 2010

Pantai Kemasik: Bhgn 2

Mercu Tanda Pantai Kemasik

Keindahan Panorama Pantai Kemasik.

Percikan Ombak Pantai Kemasik.

Saturday, September 18, 2010

Perhentian Bas Kuala Terengganu

Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu atau dikenali sebagai Bustand bagi penduduk tempatan terletak di bandar Kuala Terengganu. Hentian bas ini mempunyai 2 tingkat iaitu tingkat 2 menyediakan pelbagai gerai pakainan, cenderamata dan dan lain-lain manakala tingkat bawah sebagai hentian bas. Ia merupakan terminal bas yang terbesar di Kuala Terengganu.

Kaunter penjualan tiket bas yang disediakan di hentian bas ini.


Bagi pengunjung yang ingin ke Kuala Terengganu dengan menggunakan bas, pengunjung tidak perlu bimbang kerana berhampiran dengan hentian bas ini terdapat hentian teksi dan memudahkan pengunjung untuk ke dentinasi yang ditujui.

Friday, September 17, 2010

Panorama Kg Rantau Abang

Keindahan Panorama Pantai Kg Rantau Abang

Thursday, September 16, 2010

Pulau Kekabu, Marang

Pulau Kekabu, Marang, merupakan perkampungan nelayan.
Panorama di Pulau Kekabu, Marang.

Wednesday, September 15, 2010

Tasik Puteri siri 2

Salam. saya bawakan Tasik Puteri siri 2. Dalam gambar ini berkenaan permandangan di kawasan tasik puteri pada waktu petang atau senja yang begitu indah dan pasti anda tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung.

Permandangan tasik puteri pada waktu tengahari yang begitu ceria dengan kehijauan pokok-pokok di kawasan tasik dan air tasik yang tenang.

Tuesday, September 14, 2010

Pulau Tenggol, Dungun

Pulau Tenggol, Dungun merupakan sebuah destinasi menyelam yang mempersonakan di Negeri Terengganu ini. Hanya terletak 45minit dari persisiran pantai Kuala Dungun. Pulau yang kecil hanya 3km panjang dan 2km lebar. Bagi pengemar aktiviti menyelam inilah pulau yang dianggap sebagai 'syurga'.
Kawasan pulau ini dipenuhi tebing batu yang curam. Bentuk mukabumi yang berbatu ini mengunjur dari pedalaman pulau terus hingga ke laut ianya membentu pinggir tebing yang curam di bawah laut. Lokasi skuba yang tidak jemu di kunjungi oleh pengunjung.
Pengangutan Darat: Naik bas atau teksi ke Pekan Dungun, terus ke jeti Dungun.

Pengangutan Laut: Dari jeti Dungun, naiki bot untu pergi ke Pulau Tenggol

Monday, September 13, 2010

Mek Mah Kerepok Lekor, Kg Rhu Muda

Mek mah keropok lekor terletak di kg Rhu Muda, Marang. Gerai keropok lekor mek mah sangat popular di kalangan pengunjung dan penduduk tempatan kerana kelazatan kerepok lekor beliau. Gerai ini terletak di tepi jalan utama Dungun ke Kuala terengganu dan senang bagi pengunjung yang ingin singgah di gerai ini.

Terdapat pelbagai jenis keropok yang di jual disini antaranya keropok kering dan hasil laut yang telah dikeringkan seperti sotong kering, ikan kering dan sebagainya.


Selain daripada keropok yang dijual disini terdapat juga makanan segera di jual di sini antaranya keropok sira, asam, dodol dan sebagainya.
Template Design by SkinCorner