Bukit Puteri tersergam indah. Berdiri megah menghala ke Sungai Terengganu merupakan tempat yang penuh keunikan dan menyimpan misteri. Lokasinya berhampiran dengan Istana Maziah dan pejabat Pos Besar Kuala Terengganu iaitu didalam kesibukan bandar yang menjadikan Bukit Puteri tampak hebat dibandingkan dengan tempat lain. Dengan keluasan kira-kira 0.688 hektar dan tingginya lebih kurang 200 meter.
Bukit ini sudah dikenali sebelum pemerintahan Sultan Zainal Abidin I. Kononya nama Bukit Puteri diperolehi daripada nama Tuk Raja Menteri dari Johor yang membuka Bukit Puteri. Pelbagai cerita sejarah dikaitkan dengan Bukit ini antaranya adalah sejarah tentang Bukit ini didiami oleh Puteri Bunian. Mengikut sejarah Terengganu pula BUkit Puteri telah wujud sejak abad ke 16 lagi.
Bukit inilah pada abad ke 19, menjadi rebutan dan medan pertempuran beberapa pihak yang saling bertelingkah untuk menguasi pentadbiran di Kuala Terengganu. Kedudukan yang tinggi dan stategik amat sesuai sebagai sebuah kota pertahanan dan dapat mengawas kapal-kapal musuh memasuki muara. Kota ini dibina oleh Yang Dipertuan Besar Tengku Umar pada pahun 1830.
* Diatas bukit ini terdapat beberapa monumen dan artifek bersejarah. Antaranya ialah Genta (Loceng Besar) Meriam beranak, Tiang Bendera, Rumah Api, Kubur dan Kubu Pertahanan Bandar Kuala Terengganu.
0 comments:
Post a Comment