Friday, September 10, 2010

Pulau Lang Tengah, Besut

Pulau Lang Tengah ialah sebuah pulau kecil yang terletak di antara Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Perjalanan bot dari jeti Marang ke Pulau Kecil ini memakan masa selama 30 minit. Pulau Lang tengah memang bersaiz kecil. Perjalanan bot mengelilingi pulau ini hanya mengambil masa selam 10 minit. Pantai di sini agak sempit dan kawasan tanah adalah terhad.
Pulau ini juga adalah antara tapak menyelam yang terbaik di Malaysia.
Pulau Lang Tengah mempunyai 4 buah resort untuk memastikan percutian anda di sini aman dan tentetam. Walaupun saiz pulaunya yang kecil resort yang disediakan cukup untuk pengunjung berkeluarga.
Menurut penduduk tempatan, Lang Tengah mendapat namanya dari perkataan 'Lang' yang bermaksud 'helang'. Dikatakan bahawa Lang Tengah bermakna 'helang yang berehat di pulau tengah'

0 comments:

Post a Comment

Template Design by SkinCorner