Monday, September 6, 2010

Hutan Lipur Chemerong

Hutan lipur cemerong terletak 120 km dari dungun. Hutan lipur cemerong merupakan hutan lipur yang mempunyai air terjun tertinggi di AsiaTenggara. Selain daripada itu terdapat pelbagai jenis spesis hutan yang hidup di kawasan ini antaranya balau, bekak merbau, jati dan sebagainya.

Dikawasan hutan lipur ini menyediakan aktiviti rekreasi yang terhad kepada aktiviti pasif seperti berenang, perkelahan dan perkhemahan. Alam semulajadi merupakan terikan utama pegunjung untuk ke hutan lipur ini. Antara kemudahan yang disediakan adalah taman permainan kanak-kanak, gerai makan, tandas dan sebagainya.


Keunikan hutan lipur ini disebabkan kewujudan sebuah air terjun sepanjang lebih 1km menuruni cerun berbatu yang berada antara ketinggian 250 m sehingga puncak air terjun 600 m dari aras laut. Ketinggian puncaknya malah lebih jelas kelihatan di jalam raya sejauh puluhan km daripadanya.

0 comments:

Post a Comment

Template Design by SkinCorner