Sunday, September 5, 2010

Taman Rekreasi Rhu Madu



Taman rekreasi Rhu Madu terletak di hadapan Hutan Lipur Jambu Bongkok. Taman ini terletak di tepi jalan utama antara Kemaman ke Kuala Terengganu. Taman rekreasi ini sangat sesuai kepada pengunjung ingin merehatkan diri setelah penat memandu sambil menikmati keindahan alam di taman rekreasi Rhu Madu dan sesuai untuk mengadakan aktiviti keluarga bagi yang datang bersama keluarga.

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di sini antaranya tempat rehat, gerai makan, tandas, surau dan lain-lain, pasti dapat memberi keselesaan kepada penjunjung.

Sambil berehat di taman Rekreasi ini pengunjung juga disajikan dengan keindahan semulajadi yang sangat menarik kerana berhampiran taman ini terdapat permandangan tasik air tawar dengan pokok bakau yang yang menarik dan dapat merasai bayu laut pantai Rantau Abang.

0 comments:

Post a Comment

Template Design by SkinCorner