Friday, September 3, 2010

Hutan Lipur Jambu Bongkok

Hutan Lipur Jambu Bongkok terletak di daerah Marang dan terletak 65km dari kuala terengganu. Lokasinya sangat mudah di jumpai kerana hutan ini terletak di tepi jalan utama antara Kemaman ke Kuala Terengganu. Hutan ini istemewa kerana kerana ianya juga berhampiran dengan pantai Rantau Abang tempat penyu bertelur

Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan disini seperti berkelah, berkhemah jungle trekking dan jogging. Disini pengunjung juga bersiar-siar dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini melalui denai dalam kawasan arboretum.

Beberapa kemudahan disediakan di Hutan Lipur ini seperti chalet,tapak perkhemahan, jambatan gantung, pondok infomasi dan lorong pejalan kaki dan kepada kaki pancing disini juga menyediakan tempat untuk memancing dan pasti akan memberi kepuasan apabila dapat memancing ikan air tawar.

0 comments:

Post a Comment

Template Design by SkinCorner