Thursday, September 30, 2010

Zoo Bukit Takal, Kemaman

Zoo Bukit Takal, Kemaman terletak di kawasan seluas 135 ekar (54hektar) bersempadan dengan kawasan kunang-kunang yang terkenal di kampung Yak Yah. Zoo ini mempunyai sekurang-kurangnya 100 spesis haiwan yang dipamerkan disini. Keadaan hutan sekunder disini memberi kelebihan dari segi persikitaran.

Pelbagai spesis haiwan terdapat disini seperti burung unta, merak, beruang, landak, rusa, ular, burung helang, kucing hutan buaya, orang utan dan berbagai spesis harimau serta kuang raya dan banyak lagi terdapat disini.

Tarikan utama di zoo ini adalah menaiki gajah mengelilingi kawasan zoo, harimau hutih dan aviari burung cenderawasih (bird of paradise). Konsep terbuka Zoo Bukit Takal yang mengambik kira zoologi setiap binatang akan memberi keselesaan kepada pengunjung melihat binatang liar yang dipamerkan dalam keadaan semulajadi.

Antara taman tema yang terdapat disini adalah Taman Herba, Taman Pokok Hutan, Taman Tropikal, Taman Cendawan, Taman Buah-Buahan, Taman Orkid, Taman Bonsai dan Taman Akuatik. Kawasan ini juga menyediakan kebun buah-buahan tempatan seperti duku, manggis, sentul, mangga, tampoi dan tanaman kopi, yang akan menjadi tarikan para pengunjung luar dan dalam.

Pelbagai kemudahan asas disediakan seperti tram atau buggy untuk memudahkan perjalanan di kawasan yang luas, restoran, kawasan riadah untuk kanak-kanak dan kolam renang untuk seisi keluarga.

0 comments:

Post a Comment

Template Design by SkinCorner