Sunday, September 5, 2010

Taman Rekreasi Rhu Madu



Taman rekreasi Rhu Madu terletak di hadapan Hutan Lipur Jambu Bongkok. Taman ini terletak di tepi jalan utama antara Kemaman ke Kuala Terengganu. Taman rekreasi ini sangat sesuai kepada pengunjung ingin merehatkan diri setelah penat memandu sambil menikmati keindahan alam di taman rekreasi Rhu Madu dan sesuai untuk mengadakan aktiviti keluarga bagi yang datang bersama keluarga.

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di sini antaranya tempat rehat, gerai makan, tandas, surau dan lain-lain, pasti dapat memberi keselesaan kepada penjunjung.

Sambil berehat di taman Rekreasi ini pengunjung juga disajikan dengan keindahan semulajadi yang sangat menarik kerana berhampiran taman ini terdapat permandangan tasik air tawar dengan pokok bakau yang yang menarik dan dapat merasai bayu laut pantai Rantau Abang.

Pantai Teluk Gadung, Dungun, Terengganu

Saturday, September 4, 2010

Bukit Puteri, Kuala Terengganu

Bukit Puteri tersergam indah. Berdiri megah menghala ke Sungai Terengganu merupakan tempat yang penuh keunikan dan menyimpan misteri. Lokasinya berhampiran dengan Istana Maziah dan pejabat Pos Besar Kuala Terengganu iaitu didalam kesibukan bandar yang menjadikan Bukit Puteri tampak hebat dibandingkan dengan tempat lain. Dengan keluasan kira-kira 0.688 hektar dan tingginya lebih kurang 200 meter.
Bukit ini sudah dikenali sebelum pemerintahan Sultan Zainal Abidin I. Kononya nama Bukit Puteri diperolehi daripada nama Tuk Raja Menteri dari Johor yang membuka Bukit Puteri. Pelbagai cerita sejarah dikaitkan dengan Bukit ini antaranya adalah sejarah tentang Bukit ini didiami oleh Puteri Bunian. Mengikut sejarah Terengganu pula BUkit Puteri telah wujud sejak abad ke 16 lagi.
Bukit inilah pada abad ke 19, menjadi rebutan dan medan pertempuran beberapa pihak yang saling bertelingkah untuk menguasi pentadbiran di Kuala Terengganu. Kedudukan yang tinggi dan stategik amat sesuai sebagai sebuah kota pertahanan dan dapat mengawas kapal-kapal musuh memasuki muara. Kota ini dibina oleh Yang Dipertuan Besar Tengku Umar pada pahun 1830.

* Diatas bukit ini terdapat beberapa monumen dan artifek bersejarah. Antaranya ialah Genta (Loceng Besar) Meriam beranak, Tiang Bendera, Rumah Api, Kubur dan Kubu Pertahanan Bandar Kuala Terengganu.

Friday, September 3, 2010

Hutan Lipur Jambu Bongkok

Hutan Lipur Jambu Bongkok terletak di daerah Marang dan terletak 65km dari kuala terengganu. Lokasinya sangat mudah di jumpai kerana hutan ini terletak di tepi jalan utama antara Kemaman ke Kuala Terengganu. Hutan ini istemewa kerana kerana ianya juga berhampiran dengan pantai Rantau Abang tempat penyu bertelur

Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan disini seperti berkelah, berkhemah jungle trekking dan jogging. Disini pengunjung juga bersiar-siar dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini melalui denai dalam kawasan arboretum.

Beberapa kemudahan disediakan di Hutan Lipur ini seperti chalet,tapak perkhemahan, jambatan gantung, pondok infomasi dan lorong pejalan kaki dan kepada kaki pancing disini juga menyediakan tempat untuk memancing dan pasti akan memberi kepuasan apabila dapat memancing ikan air tawar.

Rimba Bandar Bukit Bauk, Dungun

Rimba Bandar Bukit Bauk terletak tepi jalan utama Kuala Terengganu - Kuantan. Disini terdapat ribuan pokok hutan untuk dikunjungi. Rimba simpanan ini dibangunankan untuk kajian tentang ekologi dan botani hutan simpan.

Pintu utama Rimba Bandar Bukit Bauk
Kawasan rehat turut disediakan disini
Pejabat Rimba Bandar Bukit Bauk, disini para pengujung boleh mendapat segala info tentang hutan simpan ini
Antara pemandangan hutan simpan disini

Thursday, September 2, 2010

Masjid Hadhari, Jerteh, Terengganu

Kalau anda melalui jalan dari Terengganu ke Kota Bharu tentu anda akan perasan Masjid Hadhari yang menjadi mercu tanda bandar Jerteh. Masjid Hadhari ini berseni binaan ciri-ciri sebuah masjid Cordoba Sepanyol dengan ukiran yang menarik.

Masjid Hadhari Jerteh, Besut, Terengganu merupakan masjid yang terletak di pinggir Bandar Jerteh, sebuah bandar yang menjadi Pusat Ekonomi. Masjid ini dilengkapi kemudahan Makmal Komputer, Gerai Makan dan juga Kemudahan Wi-Fi secara percuma turut tersedia di dalam Masjid ini. Tambah menarik lagi, lokasi masjid ini yang bersebelahan dengan sungai juga menjadikan satu daya penarik dan ikon baru Bandar Jerteh.


Wednesday, September 1, 2010

Perkampungan Nelayan, Marang

Lokasi: 500M dari Bandar Marang. Perkampungan ini masih didiami oleh nelayan yang mana punca pendapatan mereka daripada hasil laut. Keindahan perkampungan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apatah lagi keramahan tutur bahasa penduduk disini, mengamit sejuta memori untuk dikongsi bersama anda semua.

Deretan bot para nelayan disini


Suasana diwaktu senja, keindahan pesisir muara pantai.
Template Design by SkinCorner