Sunday, September 12, 2010

Taman Burung Kuang, Ajil

Taman Burung Kuang Ajil atau Ajil Pheasant Park, burung disini termasuk keluarga burung yang merangkumi burung yang paling indah di dunia. Ajil Pheasant Park adalah ladang terbesar di Malaysia dan telah disahkan oleh Malaysia Book of Records dan merupakan penetasan keluar beratus-ratus ayam pegar setiap tahun.

Sekarang Taman Burung Kuang Ajil mempunyai lebih daripada 30 jenis burung pegar dilindungi dari seluruh dunia termasuk Peafowls megah.
Untuk menikmati keindahan burung-burung disini, Taman Burung Kuang Ajil dibuka setiap hari bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Yuran masuk adalah RM6.00 bagi dewasa dan RM4.00 untuk kanak-kanak. Pengunjung dapat melihat sendiri kemegahan sang merak jantan apabila mengembangkan ekornya dan mempersembahkan keindahan ekornya kepada pengunjung.

Lokasi: Taman Burung Kuang Ajil
No 2892 Batu 21 Ajil
Hulu Terengganu
Tel: 09-6817358

Saturday, September 11, 2010

Taman Rekreasi Pulau Kerengga

Taman Rekreasi Pulau Kerengga, Merchang ini merupakan tempat beristerehat oleh seisi keluarga setelah penat memandu dari Kuantan ke Kuala Terengganu. Jarak 35km-40km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Taman ini berhampiran dengan Hutan Lipur Jambu Bongkok dan Taman Rekreasi Rhu Madu Merchang.
Terdapat pelbagai kemudahan asa disediakan disini antaranya adalah taman permainan kanak-kanak, tandas, bilik persalinan, bangku untuk beristerehat dan lain-lain lagi. Apa yang menarik disini adalah, semua kemudahan disini berwarna ungu. Tepatlah bagi kawasan Marang adalah bendera ungu.
Bagi kaki pancing inilah tempatnya, jambatan yang menghubungkan Sungai Merchang dengan Pantai Pulau Kerengga. Pemandangan dan lokasi memancing amat bersesuai kerana dikelilingi oleh pokok-pokok nipah. Jadi lokasi untuk para pemancing amatlah tepat skali untuk memancing ikan air tawar.

Friday, September 10, 2010

Pulau Lang Tengah, Besut

Pulau Lang Tengah ialah sebuah pulau kecil yang terletak di antara Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Perjalanan bot dari jeti Marang ke Pulau Kecil ini memakan masa selama 30 minit. Pulau Lang tengah memang bersaiz kecil. Perjalanan bot mengelilingi pulau ini hanya mengambil masa selam 10 minit. Pantai di sini agak sempit dan kawasan tanah adalah terhad.
Pulau ini juga adalah antara tapak menyelam yang terbaik di Malaysia.
Pulau Lang Tengah mempunyai 4 buah resort untuk memastikan percutian anda di sini aman dan tentetam. Walaupun saiz pulaunya yang kecil resort yang disediakan cukup untuk pengunjung berkeluarga.
Menurut penduduk tempatan, Lang Tengah mendapat namanya dari perkataan 'Lang' yang bermaksud 'helang'. Dikatakan bahawa Lang Tengah bermakna 'helang yang berehat di pulau tengah'

Thursday, September 9, 2010

Muara Sungai Dungun

ungai Kuala Dungun terletak di bandar Dungun. Sungai ini terkenal dengan aktiviti perikanan bagi penduduk setempat. Sungai ini terletak berhampiran pasar besar Dungun dan ini memudahkan bagi nelayan menjual hasil tangkapan mereka, disamping itu sungai ini mempuyai menjanjikan pemandangan yang menarik bagi pengunjung.

Permandangan yang menarik dapat memberikan ketenangan bagi sesiapa yang berkunjung


Jambatan utama yang menghubungkan penduduk setempat dengan bandar dungun melalui kg seberang pintasan dan juga jalan pintas untuk ke bandar dungun.


Wednesday, September 8, 2010

Pantai Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu

Pantai Teluk Kalong terletak di Kampung Teluk Kalong Kemaman. Selain terkenal dengan kawasan perindusrian Teluk Kalong juga memiliki pantai yang sangat menarik. Pantai ini juga sering menjadi tempat penganjuran bagi aktiviti seperti pertandingan memancing dan lain-lain. Pelbagai aktiviti dapat dijalankan di pantai ini seperti berkelah, memancing dan sebagainya.
deretan bot-bot nelayan di tepi pantai


Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di Pantai ini antaranya gerai makan, tandas, taman permainan dan surau untuk keselesaan pengunjung.

Tuesday, September 7, 2010

T'Kafe Food Court, Kuala Terengganu

T'Kafe Food Court, Kuala Terengganu, terkenal dengan masakan barat dan juga masakan tempatan. Bersebelahan dengan Pasaraya Giant dan MydinMall Kuala Terengganu, merupakan lokasi yang amat sesuai untuk menikmati masakan disini. Disini juga terdapat gerai-gerai makanan yang lain dengan pelbagai menu untuk dinikmati.
Suasana malam kedai yang memaparkan lampu neon oren, membawa suasana romantis untuk beristerehat bersama keluarga serta kawan-kawan. Disini juga menyediakan skrin layar putih yang besar untuk tontonan para pengunjung.

Bukit Besi, Dungun Terengganu

Bukit Besi adalah sebuah bandar yang terletak di daerah dungun dan terletak 77 km dari Kuala Terengganu. Bukit Besi pernah menjadi tempat perlombongan bijih besi dalam yang utama pada masa dulu. Ia mendapat nama dari aktiviti perlombogan bijih besi di kawasan itu. Bukit Besi juga dikenali sebagai Bukit Batu Besi. Bukit Besi telah dilombong oleh syarikat jepun sebelum 1933 lagi.

Bukit Besi mendapat nama dari aktiviti perlombongan bijih besi. Bukit Besi ini telah dilombong oleh syarikat jepun sebelum 1933 lagi.

Bukit Besi merupakan kawasan tarikan perlancongan. di kawasan ini penjungjung boleh melihat replika rel kereta api yang digunakan untuk membawa bijih timah, terowong, batu yang mengandungi bijih timah dan lain-lain.
Template Design by SkinCorner