Sunday, August 8, 2010

Pantai Teluk Ketapang, Terengganu

Pantai Teluk Ketapang, Terengganu terletak berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Pantai yang indah, pantai yang menawarkan aktiviti riadah yang sihat untuk pengunjung menikmati keindahan pantai yang bersih dan segar.

Pelbagai aktiviti riadah dapat dijalankan disini, aktiviti yang paling diminati adalah menunggang kuda, bagi yang datang bersama keluarga jangan lepaskan peluang untuk merasai menungang kuda dengan kadar caj yang murah dan aktiviti riadah lain seperti bermain layang-layang dan memancing.

Antara kemudahan disediakan disini seperti, taman permainan kanak-kanak, kawasan rehat, gerai-gerai makanan dan lain-lain.

kampung Cina (China Town) Kuala Terengganu

Dipersisir KualaTerengganu terdapat deretan rumah kedai yang dikenali Kampung cina atau di kenali sebagai China Town yang telah wujud sekian lama. Kampung ini terletak berhampiran dengan Pasar Kedai Payang. Asalnya tempat ini merupakan perkampungan pedagang cina yang berdagang ke Semenanjung Tanah Melayu semenjak awal abad ke 15

Pintu masuk ke Kampung Cina (China Town) yang unik dan menarik.

Antara deretan kedai lama masih lagi teguh berdiri dan masih lagi digunakan.

Friday, August 6, 2010

Jagung, Kuala Berang

Kampung Gaung, Kuala Berang sangat terkenal dengan jagung. Jika anda melalui jalan Kuala Berang ke Kota Baru singgah sekejap di persimpangan Kampung Gaung kerana banyak gerai jualan jagung terdapat disini.

Antara deretan gerai yang disediakan

Selain jagung menjadi hasil jualan utama terdapat banyak lagi makanan lain yang dijual antaranya keropok sira, keropok keping, asam, kacang rebus dan lain-lain.

Selain dari jagung yang segar di jual anda juga boleh juga menikmati jagung yang sudah direbus dengan harga yang murah.


Thursday, August 5, 2010

Masjid Tengku Zaharah, Terengganu

Masjid ini terletak 4km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain kerana masjid ini dibina di atas air muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia

Pintu masuk ke Masjid Tengku Zaharah

Lihatlah keunikan dan keindahan masjid terapung ini.

Masjid ini mempunyai menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta dikelilingi air Sungai Ibai ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas. Masjid ini juga menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam dan kawasan letak kereta yang boleh menempatkan lebih 400 kenderaan.

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di kawasan masjid ini antaranya adalah gerai cenderahati, kafeteria dan pelbagai lagi.

Dengan gabungan hiasan taman,warna langit yang membiru, kilauan cahaya matahari dari permukaan air yang mengelilingi masjid itu serta tiupan angin dari laut china selatan, pastinya ia menjadi masjid paling nyaman dan mendamaikan memberi erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam suatu bentuk tamadun yang terus berkembang.

Wednesday, August 4, 2010

Taman Orkid, Hutan Lipur Sekayu, Hulu Terengganu

Taman Orkid Sekayu bertempat di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang dengan keluasan 0.2 hektar. Ditaman ini menepatkan pelbagai spesis Orkid liar yang terdapat di seluruh negeri.


Galeri orkid, pelbagai jenis orkid terdapat disini. Di galeri ini pelbagai gambar dan nama spesis orkid diletakan bagi pengunjung untuk melihat secara terperinci.

Tuesday, August 3, 2010

Taman Herba Sekayu, Hulu Terengganu

Taman herba ubatan ini terletak di dalam hutan lipur sekayu. Di dalam taman herba ini terdapat perlbagai jenis herba ubatan dari serata tempat dan anda pasti akan dapat melihat pokok-pokok herba yang tidak pernah anda lihat.

Pintu masuk ke dalam taman herba

Laluan pejalan kaki turut disediakan dan diatas laluan ini terdapat pokok-pokok herba yang menjalar diatasnya dan pasti akan menarik perhatian sesiapa yang mengunjung taman herba ini.

Sambil anda perhatikan pokok-pokok herba dan memerhatikan kehijauan sekeliling, di taman ini turut menyediakan papan tanda yang tertera nama biasa dan nama saintifik bagi setiap herba dan kegunaan herba tersebut. Anda pasti akan dapat mengetahui kegunaan setiap herba serta khasiat daripada ubatan herba tersebut.

Monday, August 2, 2010

Taman Awam Lagun Kuala Ibai, Kuala Terengganu

Taman Awam Lagun Kuala Ibai terletak berhampiran dengan Masjid Terapung dan terletak di tepi sungai Kuala Ibai Terengganu. Lokasinya amat menarik kerana dapat menikmati keindahan alam sambil melihat keunikan masjid terapung.

Pintu Gerbang ke Taman Awam Lagun Kuala Ibai, Kuala Terengganu

Pelbagai aktiviti riadah boleh dijalankan disini, memancing, berkhemah, berjogging, bersiar-siar bersama keluarga. Bagi kanak-kanak taman permainan kanak-kanak turut disediakan

Sungai yang mengalir tenang, antara daya tarikan untuk para pengunjung menikmati keindahan alam.

(Pemandangan dari sisi) kedai makan yang terdapat disini.

Template Design by SkinCorner