Wednesday, July 28, 2010

Hutan Lipur Sekayu

Hutan Lipur Sekayu atau lebih dikenali juga dengan air terjun Sekayu terletak di dalam kawasan hutan simpanan Hulu Terengganu. Ianya berada di dalam Daerah Hulu Terengganu, 16 KM dari Pekan Kuala Berang dan 56 KM dari Bandar Kuala Terengganu. Hutan Lipur tersebut mempunyai keluasan lebih kurang 405 hektar.

Pintu utama ke Hutan Lipur Sekayu

Air sungainya yang jernih dan setiap peringkat umur boleh bermandi manda di kawasan ini kerana kebanyakanya tempat airnya yang cetek dan tidak laju serta dapat membuatkan sesiapa sahaja melupakan segala masalah apabila mereka datang berkunjung di sini.

Keunikan Hutan Lipur ini terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang cantik dan mempersonakan yang ianya merupakan daya tarikan utama kepada pengunjung di sini tidak kira pengunjung dari dalam dan luar negeri.

Hutan Lipur ini menyediakan kawasan perkhemahan yang lengkap dengan tempat memasak, kawasan unggun api, bekalan air dan elektrik.

Di sini terdapat banyak infrastruktur dan kemudahan-kemudahan rekreasi yang telah disediakan seperti tempat penginapan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tempat berkhemah, jalan dalam hutan (jungle tracking) dan lain-lain lagi. Bagi pengunjung yang ingin bermalam di Hutan Lipur Sekayu boleh menyewa di beberapa buah chalet yang disediakan pada kadar yang berpatutan.

Sunday, July 25, 2010

Taman Pertanian Sekayu

Taman ini terletak kira-kira 52 km dari Kuala Terengganu dan 15 km dari Kuala Berang. Taman ini terletak bersebelahan denga Hutan Lipur Sekayu. Taman ini merupakan taman pertanian terbesar dengan keluasan 93 hektar. Pelbagai taman terdapat di taman pertanian Sekayu ini antaranya Taman Orkid, Taman Buah-buahan, Taman Eksotika, Taman Permainan Kanak-kanak dan Taman Rekreasi.

Pintu utama ke Taman Pertanian Sekayu

Pelbagai kemudahan yang disediakan di sini seperti kemudahan chalet, tempat berkhusus, kawasan perkelahan, kawasan perkhemahan dan pelbagai aktiviti atau riadah yang boleh dilakukan di Taman Pertanian Sekayu ini.

2 buah kolam renang buatan dengan gelunsur yang dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu yang boleh digunakan oleh pengujung secara percuma

Taman Pertanian Sekayu merupakan kawasan rekreasi yang cukup terkenal di negeri Terengganu.

Bagi keluarga yang ingin bermalam, Taman pertanian menyediakan lima unit rumah penginapan untuk disewa. Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari bandar Kuala Terengganu untuk sampai ke taman pertanian yang sungguh menyeronokkan ini.



Saturday, July 24, 2010

Festival Gamelan Sedunia 2010

"World Gamelan Festival 2010"

Pelbagai peralatan yang digunakan semasa Festival tersebut

Pelbagai persembahan dan bengkel dari Gamelan Melayu, Gamelan Jawa dan Gamelan Bali. Persembahan di adakan setiap malam bermula 9.00 pm - 11.30 pm pada 23-25 Julai 2010 di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

Masjid Sultanah Nur Zahirah Marang, Terengganu

Masjid Sultanah Nur Zahirah terletak di bandar Marang dan berhampiran dengan pasar Marang. Jika anda ke Marang anda pasti dapat melihat masjid yang indah ini berdiri teguh di antara pantai dan jalan utama Marang. Masjid ini terdiri daripada bangunan 2 tingkat, tingkat atas untuk solat manakala tingkat bawah kegunaan kuliah atau majlis - majlis keagamaan

Seni bina islam dipertengahkan pada masjid ini dan menonjolkan aspek seni bina islam telah berkembang ke seruluh pelosok dunia.

Nama Masjid Sultanah Nur Zahirah terpapar pada pintu masuk ke masjid ini.

Thursday, July 22, 2010

Pasar Marang

Pasar Marang yang terletak di tepi pantai marang berhampiran dengan jeti untuk ke Pulau Kapas. Jika anda ke Marang anda singgah sekejap di pasar Marang. Anda pasti akan tertarik melihat keadaan pasar yang menarik dengan pelbagai kemudahan. Di pasar ini hasil laut menjadi tarikan penduduk tempatan untuk ke pasar ini kerana hasil laut yang segar di jual disini. Pasar ini dibuka setiap hari dari pagi hingga ke petang.

Pintu utama pasar Marang

Terdapat juga pelbagai gerai jualan buah-buahan yang segar di jual disini.

Tuesday, July 20, 2010

Pantai Marang Terengganu

Pantai Marang terletak 18 km dari Kuala Terenggganu. Pantai Marang sangat popular di kalangan pelancong kerana Marang menjadi laluan air untuk pelancong ke Pulau Kapas dan keindahan pantai marang. Pantai marang terletak di tepi jalan antara Dungun ke Kuala Terengganu. Lokasi yang sesuai dan struktur muka bumi yang menarik pasti akan menarik perhatian pengunjung.

Replika Sotong, Udang & Kerang menjadi lambang dearah Marang yang terkenal dengan hasil laut yang segar kerana dengan perkampungan nelayan dan kebanyakan penduduk di tepi pantai menjadikan hasil laut sebagai sumber rezeki mereka.

Jeti Marang bagi para nelayan mencari rezeki di lautan dan jeti untuk pelancong ke Pulau Kapas. Jika musim cuti sekolah pasti jeti ini penuh dengan penjunjung untuk ke Pulau Kapas.

Menara tinggi antara kemudahan yang disediakan untuk melihat kawasan sekitar pantai Marang sambil menikmati keindahan dan udara yang segar di pesisiran pantai Marang berhampiran di Jeti Marang

Jika anda berada di menara anda akan dapat melihat permandangan yang sangat cantik dan menarik (pemandangan atas merana). Disini juga anda dapat melihat pulau kapas dan perkampungan nelayan di sekeliling.

Monday, July 19, 2010

Makanan tradisi Terengganu

Kuih Telinga

Kuih Puteri Mandi

Satar

Kuih Bronok Sagu

Template Design by SkinCorner